ismi afifah
ALLAH IS WATCHING YOU ! ;')

Afiefah Alias
salam ukhwah fillah ♥ ismi Afiefah Alias . firsly ,jom selawat sama-sama ;) allahumma solli ala saiyyidina muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wasallim . ok . done ! but, please continue selawat every day for Rasulullah ok ? ;)
- ISMI ♥

Assalamualaikum,Leave me a nice speak at my cbox ^^

♥ J A Z A K U M U L L A H U K H A I R A N ♥

D A K W A H T A R B I A H

Kalau kita berdakwah dan berukhuwah kerana ALLAH , ikatan itu akan sentiasa memegang kita supaya sentiasa ingat kepada ALLAH , tak lalai dengan hubungan dunia . . sentiasa ada pengisian tentang kehidupan utk dunia & akhirat , sampai 1 tahap kita akan merasai kemanisan dakwah dan ukhuwah ♥

Template by Elle @ satellit-e.bs.com
Banners: reviviscent
Others: (1 | 2)


“Fa'iza'azamta fatawakkal'alallah”
2011-05-01 2011-10-09 2011-10-30 2011-11-27 2012-01-29 2012-02-05 2012-02-12 2012-02-26 2012-04-15 2012-07-01 2012-10-21 2013-03-03 2013-04-14 2013-09-01 2013-10-27 2013-12-01

- PESANAN BUAT SI DIA -
Friday 20 April 2012 || 07:47



Tolong beritahu pada si dia bahawa aku ada pesanan buatnya . .
Beritahu si dia , cinta agung adalah cinta-Nya iaitu ALLAH swt . .
Tolong beritahu si dia , cinta manusia akan membuatkan dia alpa . .

Tolong nasihati si dia , jangan mencintai aku lebih dari dia menyintai yang Maha Esa . .
Tolong nasihati si dia , jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati yang Maha Kuasa . .
Tolong nasihati si dia , jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya . .

Tolong katakan pada si dia , dahulukan Allah kerana di situ ada syurga . .
Tolong katakan pada si dia , dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya . .

Tolong ingatkan si dia , aku terpikat kerana imannya bukan rupanya . .
Tolong ingatkan si dia , aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya . .

Tolong tegur si dia apabila dia mula mengagungkan cinta manusia . .
Tolong tegur si dia apabila dia tenggelam dalam angan-angannya . .
Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya . .

Tolong sedarkan si dia bahawa aku milik yang Maha Esa . .
Tolong sedarkan si dia bahawa aku masih milik keluarga . .
Tolong sedarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta . .
Tolong sabarkan si dia , bila jarak menjadi penyebab bertambahnya rindu . .

Tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya . .
Tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya . .
Tolong pesan padanya , aku membiarkan yang Maha Esa menjaga dirinya . .

Tolong khabarkan pada si dia , aku tidak mahu melekakan dia . .
Tolong khabarkan pada si dia , aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya . .
Tolong katakan pada si dia , jadilah penyokong dalam kejayaanku . .

Tolong sampaikan kepada si dia , aku mendambakan cinta suci yang terjaga . .
Tolong sampaikan kepada si dia , cinta kerana ALLAH  tidak ternilai harganya . .

TAKKAN KU RASAI INDAHNYA CINTA JIKA TIADA CINTA KEPADA YANG MAHA ESA ..

Tolong sampaikan kepada si dia , hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan ini dengan yang Maha Kuasa .  .

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu untuk memberitahunya sendiri . .

  YA ALLAH .. AKU JATUH CINTA !


Ya Allah Ya Tuhanku , telah datang seorang insan yang mengetuk pintu hati ini . . sekiranya dia yang terbaik , yang telah engkau tetapkan sejak dari kandungan ibuku lagi , maka permudahkanlah urusanku . . permudahkanlah urusan dia . . dan permudahkanlah urusan kami berdua . . lindungilah imanku  , lindungilah iman dia , lindungilah iman kami berdua ya Allah sepanjang perhubungan ini  . . Amiiinn Ya Rabbal Alamin..

Cinta sebenarnya tidak buta , ianya adalah sesuatu yang murni , luhur dan diperlukan . . yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan . . Cinta , mencintai atau dicintai adalah lumrah sifat kejadian manusia . . Hak untuk bercinta dan menerima adalah bergantung kepada individu itu sendiri . . Pilihan adalah terpulang kepada kita , jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan . .


 Jangan tertarik kepada seseorang kerana rupanya , sebab keelokan paras dapat menyesatkan . . Jangan pula tertarik kerana kekayaan , sebab kekayaan dapat memusnahkan . . Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum . . yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah ;)