ismi afifah
ALLAH IS WATCHING YOU ! ;')

Afiefah Alias
salam ukhwah fillah ♥ ismi Afiefah Alias . firsly ,jom selawat sama-sama ;) allahumma solli ala saiyyidina muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wasallim . ok . done ! but, please continue selawat every day for Rasulullah ok ? ;)
- ISMI ♥

Assalamualaikum,Leave me a nice speak at my cbox ^^

♥ J A Z A K U M U L L A H U K H A I R A N ♥

D A K W A H T A R B I A H

Kalau kita berdakwah dan berukhuwah kerana ALLAH , ikatan itu akan sentiasa memegang kita supaya sentiasa ingat kepada ALLAH , tak lalai dengan hubungan dunia . . sentiasa ada pengisian tentang kehidupan utk dunia & akhirat , sampai 1 tahap kita akan merasai kemanisan dakwah dan ukhuwah ♥

Template by Elle @ satellit-e.bs.com
Banners: reviviscent
Others: (1 | 2)


“Fa'iza'azamta fatawakkal'alallah”
2011-05-01 2011-10-09 2011-10-30 2011-11-27 2012-01-29 2012-02-05 2012-02-12 2012-02-26 2012-04-15 2012-07-01 2012-10-21 2013-03-03 2013-04-14 2013-09-01 2013-10-27 2013-12-01

WANITA HEBAT
Wednesday 1 February 2012 || 02:26

Ibu, kaulah tangan yang menghayun buaian yang mampu manggoncang dunia..


Ibu,,kau memang wanita hebat ! tanggungajawabmu  bukan sahaja mengandungkan, bukan juga melahirkan, malahan membesarkan. Tugasmu bukan sahaja sebagai seorang ibu, malahan sebagai tulang belakang kepada keluarga selepas bapa dalam melayari bahtera kekeluargaan. Kaulah teman, kawan dan sahabat.

Ketulusan hatimu begitu cekal..Tanpamu tidak akan adalah seorang doktor ! Tidak akan adalah seorang peguam ! Tidak akan adalah seorang yang bergelar guru ! Tanpa tulusnya kasih sayangmu, tidak akan wujud mujahid dan srikandi perjuangan Islam yang akan mendaulatkan agama, bangsa dan negara tercinta..

Bagi seorang suami seorang suami, ketahuilah..tidak ada ciptaan seindah isteri..Kasih sayang dan kelembutannya boleh merubah dunia. Pengorbanannya bukan untuk dihargai dengan balasan emas permata, cukuplah sekadar penawar dikala kesedihan.

Renunglah pengorbanan Siti Khadijah kepada baginda Rasulullah s.w.t. Pandanglah betapa tulusnya cinta Fatimah az-Zahra kepada Sayidina Ali..Contohilah cinta sejati Zulaikha kepada Nabi Yusuf a.s dan insafilah suci Rabiatul Adawiyah hanya kepada Robbul Izzati..
Wahai anak , jadilah permata ayah bondamu..selagi nadinya masih berdenyut, selagi itulah dirimu perlu menyanjungi ibumu..agar kematiannya nanti adalah pemergian yang penuh kerelaan..

Wahai anakku, saatmu berusia 1 bulan..
ibumu bertarung nyawa melahirkanmu..
Kau balas dengan tangisan yang tak henti-henti..
Saatmu berusia 2 bulan,
ibumu berpantang menahan selera makan..
Kau balas dengan meminum susunya..


Saatmu berusia 3 bulan,
ibumu berjaga malam menemanimu..
kau balas dengan rengekan dan demam..


Saatmu berusia 4 bulan,
ibumu mengikut setiap kali kau meniarap..
kau balas dengan bajumu yang kotor..


Saatmu berusia 5 bulan,
ibumu terpaksa berkejar memerhatikan pergerakanmu..
kau balas dengan tangisan kelaparan..
Saatmuu berusia 6 bulan,
ibumu melihat kau mula merangkan..
kau balas dengan tidak tidur malam..


Saatmu berusia 7 bulan,
ibumu bersengkang mata melihat kau mengutip makanan di lantai..
kau balas dengan sepahkan barang..


Saatmu berusia 8 bulan,
ibumu setia meratapimu..
kau balas dengan luka di kepala..


Saatmu berusia9 bulan,
ibumu menyapu sampah di lantaisiang dan malam..
kau balas dengan tumpahkan air di merata tempat..


Saatmu berusia 10 bulan,
ibumu melipat kemas pakaianmu..
kau balas dengan menyepahkannya..


Saatmu berusia 11 bulan,
ibumu mengajar dirimu berjalan..
kau balas dengan demam di malam hari..


Saatmu berusia 12 bulan,
ibumu bertepuk tangan melihatmu berjalan..
kau balas dengan rajukan memanjang..


Saatmu bergelar remaja,
ibumu mengikut apa sahaja kehendakmu..
kau balas dengan ego dan sikap burukmu.. !


Saatmu bergelar dewasa,
ibumu berdoa siang dan malam agar kau bahagia..
kau balas dengan menghantarnya ke rumah kebajikan .. !


Saatmu di alam kematian,
ibumu memaafkan segala kesalahanmu..
kau balas dengan gelaran anak derhaka.. !




# Berbuat baiklah kita kepada ibubapa selagi mereka masih hidup..Terima kasih ibu J akan ku kenangmu sepanjang hayat..walau sejauh manapun aku berada, akan ku khabarkan kepada dunia bahawa dirimu terlalu istimewa ! ^_^