ismi afifah
ALLAH IS WATCHING YOU ! ;')

Afiefah Alias
salam ukhwah fillah ♥ ismi Afiefah Alias . firsly ,jom selawat sama-sama ;) allahumma solli ala saiyyidina muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wasallim . ok . done ! but, please continue selawat every day for Rasulullah ok ? ;)
- ISMI ♥

Assalamualaikum,Leave me a nice speak at my cbox ^^

♥ J A Z A K U M U L L A H U K H A I R A N ♥

D A K W A H T A R B I A H

Kalau kita berdakwah dan berukhuwah kerana ALLAH , ikatan itu akan sentiasa memegang kita supaya sentiasa ingat kepada ALLAH , tak lalai dengan hubungan dunia . . sentiasa ada pengisian tentang kehidupan utk dunia & akhirat , sampai 1 tahap kita akan merasai kemanisan dakwah dan ukhuwah ♥

Template by Elle @ satellit-e.bs.com
Banners: reviviscent
Others: (1 | 2)


“Fa'iza'azamta fatawakkal'alallah”
2011-05-01 2011-10-09 2011-10-30 2011-11-27 2012-01-29 2012-02-05 2012-02-12 2012-02-26 2012-04-15 2012-07-01 2012-10-21 2013-03-03 2013-04-14 2013-09-01 2013-10-27 2013-12-01

KISAH DARI U.S YANG PERLU DIAMBIL IKTIBAR OLEH KITA BERSAMA...
Monday 2 May 2011 || 00:34

  Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.Suatu malam perempuan ini berjalan pulang ke rumah dari tempat kerjanya.Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang.Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu-lalang pada masa itu.Maklum hari sudah lewat malam.Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.


  Tiba-tiba dia ternampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu.Dia mula rasa takut dan tak sedap hati.Apa yang saudari kita ini boleh buat adalah berdoa kehadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.Dia membaca ayat kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

  Sewaktu dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu.Nasib baik lelaki itu tidak mengendahkannya dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
  Keesokan paginya,saudari ini membaca berita yang salah seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.

  Muslimah ini yakin benar lelaki berkulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan.Wanita ini dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

  Tapi perempuan muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tidak menjadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa itu.Jadi muslimah ini meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan(sebelum lelaki itu dibawa ke tempat lain).
  Dia lalu bertanya kepada perogol itu, "Why don't you do anything to me on that night even though you know that i'm alone?"

  Perogol itu menjawab : "No, you are not alone.That night I saw two young man walking with you.One on your right side and the other one was by your left side.If you were alone of course you will be my victim."
  Saudari ini merasa amat terkejut bila dia mendengar penjelasan perogol itu.Dia bersyukur kepada Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dibaca malam itu.
  MORAL CERITA INI: Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pasti akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjagai batas-batas yang ditetapkan Islam.
  (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat..)Mungkin dua lelaki yang menemani anita itu adalah Malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa mengingatiNya............